Kehidupan awal Dominic Howard

Howard di laharikan Stockport, Greater Manchester, di England.[1] Di usia 8 tahun, mereka sekeluarga berpindah ke Teignmouth, sebuah pekan kecil di Devon. Bermain drum seawal usia 12 tahun. Di bangku sekolah, persembahannya berisnpirasikan dari kugiran berunsur jazz.[2]

Kugiran Howard bernama Carnage Mayhem,[3] ketika di sekolah. sementara itu, beliau telah bersahabat dengan Matt Bellamy, dimana kedudukan kumpulan kugirannya tidak stabil. Tidak lama selepas itu, Bellamy diberi peluang untuk menyertai kumpulan kugiran Howard. Menyepi selama dua tahun, Bellamy mencadangkan mereka menulis lagu sendiri, sedangkan hanya tinggal Howard and Bellamy di dalam kumpulan. Tampil Chris Wolstenholme, seorang pemain drum untuk kumpulan "Fixed Penalty", berbekalkan "semangat pengorbanan" kemudiannya menyertai mereka untuk bermain di posisi bass.

Di bulan pertama 1994 Gothic Plague dilahirkan, diikuti dengan Rocket Baby Dolls mereka memutuskan Muse sebagai nama kumpulan mereka.

Seorang pemain drum kidal. Beliau juga turut bermain untuk Vicky Cryer bersama Jason dari Louis XIV.